Tuai Residence merupakan sebuah projek pembangunan kondominium yang terletak di Setia Alam, Shah Alam. Sesuai dengan namanya, Tuai Residence ialah sebuah tempat di mana seseorang boleh menanam benih cinta dan sayang serta menuai hasilnya, anda dapat menikmati yang terbaik dari kedua-dua dunia di sini, dengan generasi muda dan tua hidup bersama di bawah satu bumbung.
Tuai Residence terdiri daripada sebuah menara kondominium yang melambung setinggi 28 tingkat, dengan jumlah keseluruhan 330 unit kediaman. Unit-unitnya mempunyai saiz binaan di antara 1,109 kp dan 1,927 kp. Kediaman Tuai Residence sesuai untuk warga tua kerana ia menyediakan ruang yang secukupnya untuk membolehkan akses kerusi roda di seluruh unit.
Setiap unit di sini mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, sehingga 5 buah bilik tidur dan 3 bilik mandi untuk unit terbesar. Dilengkapi dengan ciri keselamatan untuk kanak-kanak dan ciri mesra warga emas di setiap tingkat, reka bentuk susun atur kediaman ini memberi tumpuan pada kemudahan dan kesihatan semua lapisan penduduk.
Kemudahan dan kesejahteraan setiap penduduk menjadi keutamaan Tuai Residence. Melalui pembinaan rumah dan kawasan komunal yang "Direka secara Universal" (‘Universally Designed’), Tuai Residence mengambil kira keperluan individu dari pelbagai lapisan masyarakat.
Kediaman ini juga menyediakan banyak fasiliti untuk memudahkan gaya hidup yang sihat, di antaranya termasuklah pejabat jagaan, bilik aktiviti dan mesyuarat, bilik permainan kanak-kanak, dapur umum, ruang tetamu, meja biliard, taman permainan kanak-kanak, gimnasium, kolam renang dan banyak lagi.
Setiap langkah perjalanan anda di Tuai Residence adalah pengalaman yang dirancang untuk meningkatkan kebersamaan komuniti, dari pondok pengawal sehingga ke tempat letak kereta, dan ke depan pintu anda. Ruang-ruang komunal, sama ada laluan pejalan kaki atau taman, gazebo atau ruang tetamu, semuanya dirancang demi memupuk hubungan di antara penduduk dengan mengoptimumkan keterlihatan, keselesaan dan yang paling penting, rasa inklusif.
Terletak di kawasan perbandaran Setia Alam yang dirancang dengan baik, Tuai Residence dikelilingi oleh pelbagai kemudahan. Terletak bersebelahan dengan Eco Ardence, Tuai juga berdekatan dengan Setia City Mall, Sunsuria Forum @ 7th Avenue, Sekolah Tenby Setia Eco Park, SK Setia Alam dan Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).
Di Tuai Residence, anda dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan membina memori bahagia yang akan kekal sampai ke akhir hidup.